Hati serta lidah..terdapat pada tubuh badan kita, siapalah yang tiada hati dan
lidahkan..(aku ade ok)
Itulah organ yang amat penting dalam tubuh
manusia iaitu hati dan juga lidah…makanya, jika baik hati dan lidah maka baiklah
segala tingkahlaku manusia itu dari segi perbuatan, kata-kata, dan juga
tingkahlaku….
Bukannya apa,saja nak berkongsi! baru-baru ni, aku baru
sahaja mendengar ceramah tentang lidah dan hati …..sedikit sebanyak ada la juga
pengajaran yg dapat dijadikan pedoman..(lebih baik dari tiada bukan)..
![]() |
taken from google image |
Dipendekkan cerita
Dalam kehidupan seharian yang baik skali adalah
kita berdiam diri…(persoalannye boleh ke diam sentiasa, kalau mula bersembang lupa
dunia teruslah jawabnye)hehe..takpe..sama-samalah beramal…tetapi berdiam diri itu tiadalah sehingga menyebabkan tidak boleh menyuarakan pendapat..maksudnye
tadi, tidak bercakap secara seloroh, atau menceritakan perihal org lain(yakni
rahsia ataupun aib orang lain) atau memburuk-burukkan orang lain(mengumpat) ataupun mengadu
domba.;aish,,atau yg ini..bercakap besar!!huh..bahaya….
Ada tapi lagi ni..bagaimana kalau menceritakan
kepada orang lain atas niat menasihati org atau dengan niat, untuk memperbaiki hubungan
silaturrahim sesame sedara atau manusia???klu mcm itu,takpelah asalkan tidak
membawa keburukan…..
Di akhir ceramah ada kisah sdikit yang ingin dikongsi bersama..semasa
penyembelihan kambing; di minta kpd seorg sahabat agar membawakan bahagian yg
paling baik dari kambing itu:maka dibawanya sahabat tadi, hati dan lidah kambing
tersebut..hmmm,diminta pula bahagian yang paling buruk dari kambing yang lain pula;
maka sahabat tadi membawa bahagian yg sama dari haiwan yg dikenali sebagai
kambing…berkata sahabat tadi “bahagian yang saya bawa ini bahagian yang paling penting
jika baik keduanya maka baiklah segala bahagian yg lain dan sebaliknya”
Menarikkan..memang betul kisah diatas, hati ni
klu dididik dengan perkara yang baik dan lidah selalu bicara perkara yang benar…memang jelas
kelihatan kepada seseorang, hidup dia lebih bermakna dan kurang masalah kan!!
Tetapi lagi jelas kepada yang sebaliknya,selalu bermasalah…
Kena ingat juga Hamba yg baik mahupun
tidak..siapalah kita utk menyatakan seseorg itu baik ataupun tidak…Ujian tetap
ada bagi sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat rupa perwatakan dan pelbagai lagi,
maka bawak-bawaklah bersabar….
entry kali ni menggunakan "bahasa Ibunda" hehe
nak cepat sangat....tu tulisan compang camping..hahhaha,
wahai sedara semua..marilah berdoa utk kebaikan bersama ok....
salam..