Thursday, 31 May 2012

Guruh dan kekakuan...



Guruh memang satu bunyi yang amat kuat!!! KbooMmmmm!!!
mesti di sertai dengan kilat yang saling sabung menyabung...Kboomm..satu lagi bunyi dentuman yang kuat menusuk segenap bahagian bumi....


beginilah biru yang ak rase tuh..
taken from google image
membuat ak sendiri terfikir...apakah rahsia yang dibawa oleh setiap guruh ini...
ada kenyataan mengatakan, panahan kilat itu, memanah syaitan yang bermaharajalela di bumi ini....
(maka matilah syaitan yang menghasut umat mansia dimuka bumi ini, sekurang2nya kuranglah hasutan dan bisikan syaitan haha)

tetapi...
kadang kala, ia mampu menyebabkan manusia berfikir untuk menghisab diri sendiri...
ini lah sedikit kisah ak..


satu malam itu..
sedang ak, tidur dengan nyenyak di ruang tamu rumah ak..
sedang enak dibuai mimpi....terasa sejuk sangat kerna disertakan dengan hujan dan angin sejuk yang menghembus masuk ke rumah ak...

mata ak terpejam dengan rapat.. tiba-tiba..
segenap cahaya biru memenuhi ruang tamu ak, juga disertakan dengan dentuman yang amat dahsyat sekali...
ak rasa seperti bom atom yang pernah menghancurkan muka bumi jepun, baru sahaja jatuh di rumah ak...
lalu,bingkas ak bangun mencapai bantal..melulu ke ruang dapur....
langkah ku terhenbti seketika..
tergelakkan diri sendiri sambil menggeleng kepala..."tawu takut" bisikku..


subhanallah...ada tornado lagi!!
taken from google image
sambil duduk disisi katil bilik..ak terfikir..
"Hebat betul kuasaNya"
"berapa banyakkah dosa-dosa yang telah ak lakukan"
"cukupkah amalan ak, untuk hari berhimpun kelak'
bergeleng-geleng kepala ak...ditambah pula dengan rasa pening akibat terkejut dari tidur...

ku tanya lagi....
"dengan kilat dan guruh ini, berapa ramai yang tidak terkejut atau memikirkan kuasaNya ini"
soalku..




hah..ak dikira beruntung diberi peringatan sebegitu...(memanglah untungkan,cuba bayangkan, jika diri sendiri kena kilat,huh mati katak ak..haha,Nauzubillah)


segala usaha yang ak lakukan selama ini, adakah hanya semata-mata hidup dimuka bumi ini..
jika ak tidak seimbangkan kehidupan di dunia dan akhirat, bagaimana pula dengan bekalan ak di akhirat kelak..."cukupkah?'...
kata ibuku; "bumi ini sudah tuakan,seolah-olah bumi pun tidak lagi mampu bertahan lama"..sambil sempat pula berpesan;"ingat, jangan tinggalkan solat ingat Allah ye"
"baiklah";sahutku,,,

teringat time kecik2
taken from google image


so bagaimana...pernah mengalami perkara yang sama tak..
ak menganggap ini sebagai peringatan untuk ak..

jom..
saling mengingati..







nukilan;
bila berkongsi cerita, ramai yang mentertawakan aku....yelah,
ak sendiri gelak keesokan harinya...tapi,
ak tidak akan lupa perkara ini...





No comments:

Post a Comment